Sunday 1 June 2014

Bercuti di Pantai Bagan Lalang

Entry kali ni seronok sikit. Bercuti dua hari di pantai Bagan Lalang. Kami menginap di homestay asra ria. Ownernya kak Asmahatun. Tak kenal pun kakak tu. Kami booking melalui internet. Kami sampai petang dalam 7.00 pm. Anak-anak bising bertanya "Mama, bila nak pergi pantai?" Aku jawab "Esok pagi. Jadi kena tidur awal. Siapa tidur lambat, nanti esok dia tak bangun awal. Jadi, dia kena tinggallah" Hahahah...
Esoknya pagi-pagi lagi kami dah ke pantai. Bawa goreng-gorengan dan nasi putih. Ada nugget, sosej dan karipap. Anak-anaklah yang paling seronok. Masing-masing meluru ke pantai main air. Aku pun ikut sama. Anakku yang bongsu sekejap nak duduk di batu, sekejap mahu main air. Lepas puas di pantai, kami ke taman permainan pula. Kami juga sempat singgah di kedai penjaja di situ. Memesan bakso, mee goreng dan air minuman. Sedap bakso tu mengikut tekakku. Sebelum balik homestay, kami booking makan malam di salah satu restoran ikan bakar. Masa booking tu baru dalam 11 pagi. Nak makan pukul 6 petang. Awalnya booking kannn...
Esoknya kami ke pantai lagi. Kali ni cuma bawa nugget, sosej, samosa dan karipap. Malas nak masak nasi. Anak-anakku seperti semalam meluru ke air. Mereka mandi manda. Anakku yang kedua yang paling sakan. Dia mahu berenang lebih jauh. Aku kata, tak boleh, sebab dia tak pandai berenang. Di tengah laut ombaknya kuat. Nanti hanyut. Merungut dia. Betullah apa aku cakap. Lepas puas di pantai, kami ke taman permainan yang lebih besar dari semalam. Seronok betul anak-anakku bermain. Cuti sebegini jarang berlaku, kasihan juga kepada mereka terutamanya anakku yang sulong kerana taat bersekolah pagi petang sepanjang hari sebelum ini. Kami ke homestay dalam pukul 11 pagi. Sibuk-sibuk mengemas untuk pulang ke Bangi. Akhirnya kami pulang meninggalkan kenangan manis yang sukar dilupakan di Bagan Lalang.

Tuesday 20 May 2014

Berdoalah...

Masa dalam tren pagi tadi, aku merenung jauh memikirkan masalah research. Rasa buntu sangat. Puas berfikir cari idea tak dapat-dapat. Akhirnya aku berdoa memohon petunjuk dari Allah. Bukankah Allah suka hambaNya yang berdoa kepadaNya? Jadi aku berdoa dan berdoa di dalam hati. Tak angkat tangan lah kann..sebab dalam tren dan ramai orang dalam tren tu.
Sampai office, aku stop thinking pasal research. Sibuk marking kertas midterm test sambil dengar ceramah dari Prof Dr Muhaya di youtube. Tengahari, aku pergi ke kedai elektrik beli hadiah untuk housemate yang akan kahwin. Balik office semula. Dah selesai balut hadiah, aku mengadap kertas midterm test lagi. Terfikir pula nak buat research. So aku terus surf internet cari pasal problem dalam research aku tu. Alhamdulillah jumpa ! Jadi selesailah masalah research aku yang dah berlarutan hampir seminggu tu. Bersyukur sangat-sangat. Tak sangka Allah kabulkan doa aku secepat ini. Memang Dia Maha Kuasa. 

Thursday 10 April 2014

Bersifat lemah lembut

Assalamualaikum,
Untuk renungan dan amalan bersama
Sabda Rasulullah s.a.w. " Mahukah kamu ku beritahukan perkara yang dengannya Allah memuliakan binaan dan mengangkat darjah ketinggian. Mereka menjawab, " Bahkan ya Rasulullah. "Rasulullah s.a.w. bersabda: " Kamu berlemah lembut terhadap orang yang tidak mengetahui kamu, memaafkan orang yang menzalimi kamu, memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepada kamu dan kamu menghubungkan silaturahim dengan orang yang memutuskan silaturahim dengan kamu."

(Hadith riwayat at-Tabarani dan al-Bazzar)

Sabda Rasulullah s.a.w  " Apabila makhluk dihimpunkan (pada hari Kiamat) seorang tukang seru pun menyerukan: Dimanakah orang-orang yang mempunyai keistimewaan." Rasulullah s.a.w. pun bersabda lagi: Maka bangunlah sekumpulan manusia dan bilangan mereka amat sedikit. Mereka pun segera bergerak menuju syurga, para malaikat lantas menemui mereka dan berkata: "Apakah keistimewaan kamu?" Mereka menjawab: Di masa yang lampau (di dunia), apabila kami dizalimi kami bersabar, apabila diperlakukan sesuatu kejahatan kepada kami, kami bersifat lemah lembut. Lantas dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam syurga, maka nikmatilah ganjaran bagi mereka yang beramal."

(Hadith Riwayat al-Baihaqi)

Wednesday 12 March 2014

Sumbangsih tizkari

Hari ni saja nak iklan benda ni... hehe macam dah tak ada kerja lain pula kan.

Tuesday 21 January 2014

Naik komuter

Hari ini entah hari ke berapa aku berulang alik ke tempat kerja dengan komuter. Penat memang penat. Bukannya dekat Tg Malim dan Bangi. Namun aku tabahkan hati. Mungkin aku belum menemui jalan keluarnya. Moga dengan setiap langkah perjalananku ke destinasi akan dibalas dengan pahala. Aku harus ikhlaskan hati bekerja demi minat, bakat dan yang penting ganjaran dariNya.

Wednesday 18 December 2013

Teori Nombor...akhirnya

Hari ni van poslaju datang. Aku berlari keluar, anak-anak pun ikut sama. Seorang lelaki keluar, di tangannya ada satu bungkusan kecil berbalut kemas. Aku segera sign kertas yang ditunjukkan kepadaku dan membawa bungkusan itu ke dalam rumah. Anak-anak mengekori dari belakang. Bungkusan itu dari DBP. Berebut-rebut kami anak-beranak membukanya. Rupa-rupanya ada 6 buah buku Teori Nombor hasil tulisanku dan suami. Alhamdulillah penantian kami bertahun-tahun berakhir juga hari ni.





   

Sunday 1 December 2013

Melawat kawan sekolah

Hari ni aku melawat kawan sekolah di hospital An-Nur, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Dia baru bersalin semalam. Normal. Anak lelaki. Berat 3.2 kg. Aku tahu pasal dia bersalin di hospital An-Nur ni dari facebook. Aku datang dengan 2 orang anakku dan pembantu rumahku. Sebelum datang hospital, kami pergi ke kedai beli hamper barangan baby. Anak-anakku seronok betul. Mereka seronok nak beli candies di kedai tu. Ramai betul orang di situ. Nasib baik dibuka 3 kaunter. So, lepas bayar, kami pun ke hospital. Bila sampai hospital, aku terus tanya kaunter registration kawan aku tu dok wad mana. Petugas tu kata "Tingkat 2 bilik orchid 3". Jadi kami pun naik lah carik wad tu. Setibanya di situ, aku terus bukak pintu menjenguk ke dalam. Ada ramai orang. Seorang perempuan tanya, carik sapa? Aku kata, Ummi Sakinah. Lama betul tak jumpa Ummi sejak aku dok Bukit Beruntung dulu. Sempat aku mendukung baby dia. Rambut lebat. Diam je. Mata dah terbuka sikit. Ummi kawan sekolah aku masa di SMAP Kajang dulu. Dia kelas sastera. Aku kelas sains. Walaupun kelas berbeza, tapi kitorang kan dok asrama, so selalulah jumpa dia. Masa sekolah memang dah lama berlalu. Masing-masing membawa haluan berbeza. Hanya facebook yang merapatkan kami.